Saturday, September 03, 2011

rindu ku untuk ber'blogging' semula

banyak sangat kejadian2 yang menimpa diri saya sepanjang 3 bulan ini.

JUN 2011
sy diserang sakit perut yang amat teruk due to virus infection kat dalam perut.
setiap hari kne mkn 5biji pil untuk elak dari rasa sakit :(
pada bulan ni, saya join untuk jadi urusetia majlis tilawah al-quran peringkat kebangsaan untuk anak-anak yatim seluruh M'sia. 
untuk kali pertama nya saya mempengerusikan majlis untuk acara syarahan bahasa inggeris.
wah, satu penghormatan untuk saya.
dan akhir sekali, persediaan untuk majlis perbarisan tamat latihan kor sukarelawan polis siswa/siswi (SUKSIS)

JULAI 2011
bermulalah latihan perbarisan tamat latihan inspektor sukarelawan polis.
pada minggu pertama, segala nya berjalan lancar.
kesihatan saya juga baik.
keyakinan hati saya untuk terus menjalani latihan sangat kuat.
tetapi setelah masuk minggu kedua, kesihatan saya tidak memberangsangkan.
saya mula bersin, dan selesema.
tapi saya masih lagi turun kawad di atas padang yang sangat panas.
dengan keadaan cuaca yang jerebu, badan saya tidak dapat bertahan.
setiap kali dalam barisan, badan saya akan sejuk dan pernafasan saya tersekat.
lalu daku rebah bersama M-16 di sisi.
keadaan ini telah memaksa diriku untuk berehat bagi memulihkan kesihatan.
apabila terasa diriku sudah agak sihat, daku terus bangun dan menjalani latihan.
tetapi hakikatnya badan ku masih lemah.
oleh kerana kedegilan ku, demam ku menjadi lebih teruk.
sehingga doktor berkata paru-paru kamu telah dijangkiti kuman.
dimana, kamu tidak boleh sejuk, dan tidak boleh panas.
untuk kali pertama, saya diberi suntikan.
terasa sedikit kecewa kerana kemungkinan saya tidak dapat menyertai perbarisan tamat latihan nanti.
dan hari yang ditunggu telah tiba, dan daku memang tidak dapat menyertai perbarisan tersebut.
terlalu sedih di dalam hati ini.
Tuhan sajalah yang tahu.
sekali seumur hidup je peristiwa ni berlaku.
apakan daya, sudah takdir Ilahi.
sungguhpun ada insan-insan yang menganggap diriku ini terlalu manja.
taknak melawan sakit yang datang. jika mereka berada di tempat saya, tahula ape yang mereka akan rasa.
daku REDHA~~~

OGOS 2011
bulan ramadhan yang mulia. 
sungguh ku rindu akan saat ini. 
berbuka dan bersahur bersama insan tersayang.

23/08/2011
siang tu awak ckp awk rindu kat saya.
tapi di sebabkan saya cakap sesuatu dengan awak, awak dah lakukan sesuatu diluar jangkaan saya.
awak dah tinggalkan saya.
disebabkan awak marah sangat dengan kata-kata saya tu.
awak tahu tak, saya sedih sangat.
sampai nak mkn berbuka puasa pun saya xlalu tau.
saya hanya makan sekadar untuk batalkan puasa saya je.
saya minta maaf dengan awak, tapi awak tak nak terima.
saya dah rasa pata hati sangat.
awak tahu tak selama ni, awak la semangat saya untuk saya terus tabah.
macamane saya nak hadapi semuanya kalau awak takde?
sampai malam saya masih lagi tak bole nak tido.
saya rasa badan saya ni lemah sangat.
saya delete blog ni.sy deactive FB sy.sy off hp sy.
sebab saya terlalu sedih sangat.
tapi entah macamane, bila saya on hp semula, awak msg saya.
awak kata, jangan nangis.kuatkan semangat.saya sentiasa sayang awak.
lepas saya baca, kesedihan saya semakin bertambah.
selepas tu, awak terus call saya.
awak terus mintak maaf dengan saya.
sebab buat tindakan melulu.
kerana terlalu marah, awak cakap macamtu dengan saya.
awak tenangkan saya dan pujuk saya.
thanks awak sebab terima saya semula.
sebab sayang saya sehingga ke saat ini.
saya harap kasih sayang awak tu kekal hingga akhir hayat saya.

SEPTEMBER 2011
barula terasa diri ni kurang sibuk.
kalau tak, nak on9 pun susah.
cuti semester pun dah nak tamat.

di bulan syawal yang mulia ini, 
saya mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers