Friday, November 25, 2011

Heliza Helmi @ USIM???

based on the tittle, boleh caye ke tak sebenarnya?
macam tak percaye kan mula2 bace?
tapi sila lah percaye ye?
hee :D

okey, bukti nye ada kat sini ye.cuba tengok kat bawah tu


nasib baik malam tadi saya on twitter saya, kalau tak terlepas nak jumpa kakak comel nih.
even dah lambat plus banyak homework tapi still bersemangat lagi tau nak pegi.
al-kisahnya kak ija nih jadi juri untuk pertandingan busana muslimah anjuran MPP USIM & JAKSA KKNC.
tak tahu pun yang pertandingan ni invite kak ija. 
bayaran masuk nak ke pertandingan ni sebanyak RM1. 
takpela. janji dapat jumpa and tengok dia face to face.
wee~~~

kak ija sporting habislah semalam.
dia tak sombong.sentiasa senyum aje.
melayan kerenah peminat2 dia. sentiasa bersedia untuk posed amik gambar.
kelakar pulak tuh. aksi dia semua spontan.
with the natural beauty inside her. wahh!!! i'm so jealous. 
apa rahsia kak ija ek? dia guna product apa kat muka dia?
her face look so natural without any flawless. 
dia tak kena kan make up yang tebal pun dah nampak cantik.
wah! jealous, jealous, jealous.

tapi kan yang sedihnya tak dapat nak bergambar dengan kak ija.
sebab terlalu ramai orang plus kak ija nak terbang jam 4 pagi nih.
tak reti nak rebut2 macam orang lain.huhu...
dapat salam dengan dia pun jadi lah.
3 kali salam. afdal dah jadi nya.

here's some capture and video yang sempat saya rakam semalam.
maaflah kualiti tak berapa bagus.
maklumlah, guna camera fon biasa aje :)
enjoy it!!!

kak ija di meja juri
heliza helmi :)
kak ija wif the winner


song dedicated to all by kak ija :)

video


p/s: kalau ada terkasar bahasa semasa penulisan di atas, harap di maafkan :)


Sunday, November 20, 2011

hey man, no manners la you!

cerita ini terjadi pada diri saya sendiri. 
semalam saya pulang ke melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya.
saya bertolak dari Nilai pada jam 8.30 pagi.
kemudian saya sampai di stesyen bas Melaka Sentral(MC) tepat jam 11.00 pagi.

oleh disebabkan saya bertolak pada awal pagi jadi saya tak sempat nak amik sarapan.
lalu saya pun mundar mandir di sekitar MC mencari sesuatu untuk mengalas perut.
at last, saya decide untuk makan roti saje sebab sebentar lagi saya akan ke majlis.
lalu saya ke PATISFRANCE.


PATISFRANCE-sumber dari google-


sedang saya khusyuk memilih roti, tiba2 ada seorang lelaki lalu di belakang saya.
lelaki tersebut membawa beg sandang belakang, luggage, dan beg sandang tepi.
dengan selambanya dia melanggar saya dari belakang sehingga saya dapat rasa kan bahawa seluruh badan saya ni berpusing dan saya hampir jatuh.
dia melanggar saya pada momentum yang agak kuat.
saya terus menoleh ke belakang untuk melihat siapa kah gerangan yang melanggar saya tadi.
tapi dia telah berlalu dengan pantas sekali.

keadaan saya dilanggar tadi telah diperhatikan oleh 2 orang lagi customer perempuan yang datang untuk membeli roti di situ.
secara spontan dia berkata "eh, teruknya lelaki tu.dia tak nampak ke? main langgar je."
saya terus berkata pada mereka " huh, nasib baik tak jatuh".
lalu kami membalas senyuman di antara satu sama lain.

saya terasa macam dia dengan sengaja melanggar saya.
padahal ada ruang yang lebih besar lagi untuk dia lalu.
bukannya MC tu kecil kawasannya.
besar kot!
dahla pergi macam tu je.
tak mintak maaf pun.
bla macam tu je dengan muka tak bersalah dia tu.

serius saya cakap kalau saya jumpa lelaki tu lepas ni, saya nak dia tahu macam mana nak menghormati orang lain.
cara dia tu macam rusa baru masuk kampung.
tak tahu adab sebagai seorang orang melayu dan rakyat Malaysia.
semoga ALLAH memberi hidaya kepadanya dan membalas segalanya.


p/s: jika kata2 saya ada menyentuh perasaan mana2 pihak, saya minta maaf. saya hanya insan biasa. 


Saturday, November 12, 2011

"sambal goreng jawa"

dah lama nak citer tentang sambal jawa nih.
asyik sangat dengan tugasan harian, sampai takde masa untuk menaip.
sambal ini adalah antara makanan feveret saya kalau tiba musim perayaan.
semasa hari raya aidiladha yang lepas, kami sekeluarga bergotong royong memasak juadah ini.
juadah ini adalah menu wajib bagi keluarga kami.

sambal goreng jawa ini adalah masakan orang jawa.
kebiasaannya sambal ni dicampurkan sekali dengan lauk2 yang lain untuk nasi ambang.
nasi ambang pula adalah hidangan khas bagi masyarakat jawa.
ianya di hidangkan ketika majlis kenduri. 

kat bawah ni adalah gambar2 yang sempat saya ambil semasa memasak juadah tersebut.
antara bahan2 yang diperlukan adalah:-


bawang merah, bawang putih dan halia.
cili merah
kentang yang telah digoreng
kacang panjang, tempe goreng, tauhu goreng, tauhu kering, sooh hoon.
santan pekat

dan juga udang yang telah dibuang kulitnya sebagai perisa tambahan.


dan hasilnya adalah seperti di bawah.
cara memasaknya saya tak dapat nak cerita kan di sini kerana saya masih belum pakar untuk membuatnya.
kalau cerita nanti takut jadi lain la pula. ;)


sambal goreng jawa yang telah siap dan masih di dalam kuali :)

RASA DIA MEMANG SEDAP!!!

p/s: ada gambar sumber dari google.

Tuesday, November 08, 2011

vote please!!!

dah lama ingin saya lakukan survey ni.
kerana salah satu impian saya adalah untuk jalankan perniagaan secara atas talian(on9).
jadi kat sini, saya ingin meminta bantuan dari anda semua untuk vote pada link di bawah.
ianya adalah tentang jenis2 pakaian yang menjadi kegemaran anda.


kerjasama dari anda semua amatlah saya hargai.
sekian, terima kasih :)

p/s: tp korg kne log in fb dulu. hee :D

Friday, November 04, 2011

4th anniversary= 4/11/2011

malam tadi, tengah dok sibuk meng'edit' blog, tiba2 ada call masuk.
hihihi...encik laxmana call.macam terkejut je kenapa dia call time macam ni.
tepat jam 12.02 am, 4/11/2011 saya dapat wishes dari encik laxmana.
nak tahu tak wishes apa?

HAPPY ANNIVERSARY!!! :))

seriously saya tak ingat langsung pasal ni.
sebab kat FB saya takde reminder.
tak tahula kenapa.
patutla masa chat kat fb dia suruh saya study then pukul 12 masuk tidur.
saya tak dapat tangkap clue yang dia bagi.
thanks awak sebab ingatkan saya tarikh penting ni.
sweet sangat! :))

tak sangka sudah masuk 4 tahun hubungan kami.
moga hubungan kami kekal ke jinjang pelamin dan seterusnya kekal bersama sehingga akhir hayat nanti.
doakan kebahagiaan kami semua ye:)
moga ALLAH merahmati hubungan kami. 
AMIN~~~



wishes dari kawan2.thanks semua :)




Wednesday, November 02, 2011

2 bad things happened today :(

haish, rasa macam tak puas hati selagi tak mencoretkan rasa hati untuk hari ni.
rasa hati yang membuak-buak untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku hari ini.

perjalanan hidup saya untuk hari ini:-

seawal jam 10 pagi, saya mendapat panggilan telefon dari sahabat saya yang senasib dengan saya iaitu kak azue.
beliau mengajak saya untuk pergi sendiri ke pejabat PTPTN di damansara.
dengan segara saya bersiap untuk menyelesaikan masalah saya yang kian meruncing itu.
saya ke sana bersama-sama dengan kak azue dan temannya, azie.
rancangan kami adalah untuk menaiki komuter ke hentian putra dan menaiki teksi ke rumah sewa kembar kepada kak azue.kemudian terus ke pejabat PTPTN di damansara.
setibanya kami di hentian putra, kak azue mendapat panggilan telefon dari pihak HEP USIM.
dia menyatakan bahawa surat pengesahan kami berdua sudah berada di unit penajaan.
kami di minta ke sana dengan segera untuk mengambil surat tersebut dan di isi kemudian diserahkan kepada pegawai PTPTN pada kadar yang segera.
cuba bayangkanlah apa perasaan kami ketika itu?
kami sudah hampir sampai ke destinasi.
kenapa mesti mereka tidak mengotakan janji bahawa surat tersebut akan di hantar melalui pos dan bukan melalui orang perseorangan?
padahal, pegawai itu sudah berjanji dengan saya bahawa surat itu boleh sampai minggu lepas.
jadi, tanpa membuang masa, saya pun berpatah balik ke nilai untuk menguruskan hal tersebut.

setibanya di kampus, kami segera mengisi surat jawapan untuk pertukaran kos dan menghantar kepada wakil pegawai yang sedang berurusan di DKP 3.
sewaktu kami menghantar surat tersebut, pegawai itu seolah-olah tidak mahu melayan surat kami.
dia berkata bahawa surat jawapan kami itu tidak layak untuk berjumpa dengan pegawai beliau. surat awak ni takde cover letter. awak ada-adakan ke surat ni? awak print sendiri?
kami pun berasa pelik. padahal, dia sendiri yang bawa surat itu dan minta kami untuk hantar segera.
dahla surat saya copy and paste aje. alamat pun boleh salah.silap2 hari bulan, reject lagi surat tu.


inilah kesilapan yang saya katakan itu

selepas itu, kami menjawab surat ini dari pihak cik la. kami baru saje ambil di HEP. dan kami diminta untuk menyerahkannya di sini.
okeyla. saya terima surat awak ini. tapi apa-apa yang berlaku jangan salahkan saya pulak.
kemudian saya pun bertanya padanya, boleh saya tahu bila masalah ini boleh selesai dan bila saya boleh dapat duit saya?
dengan muka sinisnya dia menjawab, manala saya tahu.saya datang sini untuk cek dokumen dan bawa dokumen ini semua. itu saje kerja saya. saya takde kena mengena dengan hal ini. awak pergila berhubung dengan pegawai awak. boleh ye jawab macam tu kalau pelanggan tanya? sabar ajela~~~
lalu kami pun mengucapkan terima kasih kepadanya dan berlalu pergi.

________________________________________________________

setelah berhempas pulas menguruskan hal kewangan, kami pun mengisi perut yang lapar dari pagi di tamar kasih.hujan turun dengan lebatnya membuatkan kami kesejukan. minuman panas menjadi santapan.
kemudian, kak azue ingin kembali ke rumah kembarnya untuk memulangkan kereta yang dipinjam tadi.
saya mengambil keputusan untuk pulang ke bilik saja kerana kepala saya sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. dek kerana tekanan pada hari ini dimana sepatutnya saya buat revision dan berehat,
semasa saya membuka pintu rumah, saya dapati tombol pintu tidak berfungsi lagi.
saya terus call roomate saya bertanya sama ada dia ada di dalam atau tidak. dan tepat sekali dia sedang berehat di dalam. kemudian saya memberitahu dia tentang apa yang terjadi. dia meminta saya untuk membuat laporan di pejabat pengurusan kolej supaya masalah boleh diatasi. nasib baik masih ada lagi waktu pejabat.
dengan segara saya berlari ke sana. hujan masih lagi belum berhenti. terdapat 2 orang staf berada di situ.
dialog saya dan staf tersebut:-
staf a: ye dik, kenapa?
saya: pintu rumah saya tak bole bukak. dari luar tak bole. dari dalam pun tak bole. roomate saya ada kat dalam.
staf a: ouh sekejap ye. saya call orang untuk datang tolong.
staf b: pintu rumah awak tu sebelum ni bole gune tak? baru rosak ke memang dah lama rosak?
saya: sebelum ni ok je cuma bila nak buka tu macam susah sikit. tak tahula. baru hari ni jadi macam ni.
staf b: ouh, yeke? macam mana boleh rosak?
saya: manala saya tahu. dah dia nak rosak. ( sambil dalam hati berkata= apa punya soalan la dia ni tanya. tak masuk akal langsung)
staf b: kalau macam tu awak kena tanggung kos kerosakan la. sebab pintu tu rosak selepas awak guna kan. sebelum ni pintu tu okey je.
saya: aik? kenapa pulak saya?
staf b: yela. maksudnya awak share2 la dengan ahli rumah awak.
saya: ouh, okey.( dalam hati berkata= eh, dia ni terukla. nak makan duit orang je lebih. dahla tengah takde duit ni. lagi mau minta duit. dia ingat semua orang cop duit ke?)
staf a: erm, saya dah call tadi. orang tu sampai lambat sikitla.dalam 15-30 minit macam tu.awak isi borang aduan ni dulu.
saya: okey. baikla.terima kasih. :)
kemudian, orang yang sepatutnya datang membantu pun tiba. saya bertanya kepadanya:-
kitaorang kena bayar ke kos tombol rosak ni? dia pun menjawab, takdela. awak kena bayar melainkan awak pecahkan pintu ni.saya pun rasa sesuatu.lalu saya berkata, habis tu kenapa orang kat pejabat tu bagitahu kena bayar? dia bertanya siapa tapi saya hanya menjawab, entahla. saya tak kenal orang tu.

seriously saya kecewa dengan sikap staf tersebut.dia mengambil kesempatan terhadap pelajar.duit yang sepatutnya digunakan untuk belajar tetapi kena bayar kos lain pula.nasib baik saya bertanya. :(

begitula kesulitan hidup saya pada hari ini. moga ada hikmah disebalikya yang membuatkan saya untuk menjadi lebih tabah. sekian---

p/s: saya hanya menulis.jika ada yang keterlaluan, maafkan saya. ini tentang rasa hati saya dan hanya diluahkan setakat ini sahaja.

Tuesday, November 01, 2011

i'm so touch!

hari ni, tak tahu la kenapa dengan perasaan nih.
sedih sangat-sangat.
pagi-pagi bangun, dah rushing nak balik kolej.
sebab semalam hang out dengan M&D.
pukul 1 pagi baru sampai nilai.
then, terpaksa la tumpang rumah sewa kawan untuk tidur.

pagi-pagi lagi dah berkejar-kejar.
nak kena hantar resume kt PHIP before start class.
bila sampai je, buka beg tengok resume takde pun.
aduh aih, kenapala dengan saya ni?
dah tahu nak hantar resume, bole tertinggal atas meja pulak.
jadi dengan perasaan yang bercampur baur, terus balik semula kolej.
berlari-lari sampai rasa diri dah tak mampu.
dengan keadaan tak cukup tidur + tak makan apa-apa lagi.
tapi gagah kan jugak kaki ni melangkah.
biar diri ku rebah asal bole dapat tempat untuk praktikal nanti.

lebih kurang setengah jam lewat masuk ke kelas.
nasib baik jumpa piya sebelum pergi semula ke PHIP.
minta tolong dia swipe id card untuk attendence.
thanks piya :)

next, i need to settle my study loan.
nak kena check samada pihak ptptn dah hantar ke belum document pengesahan tuh.
tapi malangnya, surat tu masih lagi belum ada.
tak pasti la samada dyorg dah betul2 sent atau tak.
then, terus call pihak yang berkenaan.
di situ mereka menyatakan pegawai yang menguruskan USIM tiada.
ada tugasan luar kata nya. esok baru ada.
alahai, dah minggu ke-8 ni.tiap2 minggu call pun masih lagi jawapan yang sama.
tak tahula bila dyorg ni bole siap kan keje.
SABAR AJELA~~~

but then, thanks tu encik mu'az.
sebab tenang kan saya ketika saya dalam keadaan saya tak menentu ni.
jiwa saya kacau bilau.fikiran saya tak tentu arah.(mungkin sebab diri saya dah jauh dari ALLAH)
awak suruh saya think positive.kalau tak semua benda jadi susah.
awak kata awak masih boleh tolong bantu kewangan saya.
awak nak share apa yang awak ada.awak cakap adanya awak adalah takdirnya untuk tolong saya.
sedangkan saya tahu yang awak perlukan semua tu untuk final year project awak.
saya menangis bila awak cakap macam tu dengan saya.
sebab saya dah banyak sangat susahkan awak.
awak dah terlalu banyak berkorban untuk saya.
kadang-kadang saya rasa macam, kenapa mesti ALLAH datang kan awak untuk saya?
saya tak mampu nak lihat awak bersusah payah untuk saya.
mungkin itu takdir saya dan awak.saya tidak boleh menolak takdir.
saya bersyukur sangat kerana ALLAH kurniakan awak untuk saya.
untuk membantu saya dalam apa jua keadaan.
awak selalu cakap: ingat, ada orang lain yang lagi susah dari kita. kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada.ALLAH tak akan menguji kita, kalau kita tak mampu.
mungkin sebab saya ni kuat jadi saya diuji sebegini.
tapi kalau awak takde untuk membantu saya, saya mungkin tak kuat.
saya mungkin tak mampu untuk berdiri dan teruskan pembelajaran saya.
terima kasih awak sebab menyayangi diri saya yang selalu susahkan awak ni.
sesungguhnya ALLAH saje yang mampu membalasnya untuk saya.
saya sayang awak dengan seikhlas hati saya.

p/s:- my tears keep falling down while i'm typing this out. YA ALLAH, BERIKANLAH AKU KEKUATAN.AMIN~~~



Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers