sudah lama rasanya diriku ini tidak menjengah ke blog sandaran hati.
tapi hari ini hati terpanggil semula untuk mengarang balik kisah hidupku.
setahun berlalu dentan begitu pantas.
pejam celik sudah hampir dua tahun diriku ini berkhidmat di bawah anak syarikat Reliance group.
sebenarnya diriku sekarang sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan.
tinggal lagi 4 bulan untuk ku bergelar isteri kepada seorang hamba Allah.
untuk dijadikan cerita setiap apa yang kita lakukan pasti ada dugaan dan cabaran yang bakal kita hadapi.
dugaan yang datang itu kadang-kadang membuatkan diriku rasa tak mampu untuk hadapi.
cumanya setiap hari ku hanya perou berdoa supaya diriku sentiasa tabah.
Ya Allah, kau permudahkanla segalanya.
setiap tangisan ku sekarang adalah pengakhiran untuk segala dugaan yang ku hadapi sebelum ini.
AMIN...
No comments:
Post a Comment