Saturday, October 29, 2011

betul ke ni???

skrg dah pun pukul 12 mlm.
entah kenapa la kan, terlintas dalam kepala ni nak buat research.
dah terikut perangai syaza amani yang suke wat research tentang perkara2 diluar pemikiran kita.
nak tahu tak apa yang saya buat?
teeeeettttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!

jom Google nama diri sendiri!!! :))


nak tahu tak ape yang saya terjumpe?
*
*
*
*
*
*
*
1 blog tentang yang tertulis nama saya dan emak saya.
ouh, betul ke ni?
bila kah emak saya pandai ber'blog'ging?
hehehe...
buat gempak je kan?
tapi malang nya blog tu ada 1 post saje.
itu pun pada 2 tahun yang lepas.

Insyallah bila saya dah habis belajar nanti, saya tolong mak maju kan perniagaan mak ye?
itu janji saya untuk mak.
tiba-tiba rasa rindu pada mak mencurah-curah.
mak saya ada menyatakan isi hatinya untuk membuka kedai jahit sendiri.
tapi dia belum punye tempat dan partner yang sesuai lagi.
plus budget pun masih belum mencukupi.

ini la link blog yang saya mention di atas :-mengambil tempahan pakaian

p/s:- semoga impian saya untuk menjalankan perniagaan secara online tercapai. AMIN :)


Friday, October 28, 2011

tips cinta

Wahai Gadis...Jangan Mudah Tergoda!

  1. Jangan terlalu mabuk cinta :- kalau sudah mabuk cinta itu bukan jaminan membawa bahagia. namun, dalam kalangan kita pada hari ini, masih ada yang begitu asyik dan taksub dengan cinta. si jejaka pula begitu asyik melontar kata-kata cinta. si gadis pula khayal berpanjangan. ingat, berpijaklah di bumi yang nyata!
  2. Jangan terhasut dek keinginan :- berhati-hatilah dengan keinginan hati yang terlalu melonjak. berpijaklah di bumi yang nyata. tidak perlu untuk terlalu mengejar keinginan hati untuk memiliki si jejaka. siasat dulu latar belakangnya. mungkin indah khabar dari rupanya sahaja.
  3. Jangan terlalu teruja dengan populariti :- seronoknya apabila didekati oleh si dia yang popular di tempat anda belajar atau bekerja. mentang-mentanglah dia dikatakan THE MOST WANTED BACHELOR, kacak dan ada gaya, terus anda menerima cintanya. kenal pun tidak, mana tahu si dia banyak sikap menjengkelkan?
  4. Jangan pandang pada hartanya :- melihat si jejaka berkereta mewah, anda di sini sudah mula membayangkan yang indah-indah. jangan begitu! harta hanya pinjaman, belum tentu membawa  bahagia yang berpanjangan.
  5. Jangan terpengaruh dengan situasi :- jangan terlalu terdesak untuk memiliki sebuah cinta. asalkan ada di kalangan temanmu asyik dengan cinta, anda juga ingin dikasihi dan disayangi. sedangkan si jejaka itu bukan pilihan yang tepat.
  6. Jangan percaya dengan "kepercayaan karut" :- gadis masa kini terlalu suka merujuk perihal cinta mereka mengikut zodiak. kekasih yang begini, disuruhnya jadi begitu. lama-kelamaan si dia pun naik bosan. anda ditinggalkan! oleh itu, jangan terlalu taksub mengikut zodiakmu. cukup sekadar menjalinkan hubungan cinta kamu mengikut keserasian bersama. 



p/s:- petikan di ambil dari majalah dara.com edisi oct 2011. sekadar peringatan untuk diri sendiri dan renungan kita bersama :)

Thursday, October 20, 2011

perginya seorang teman~~~

sudah lama rasanya tidak saya mencoretkan tulisan hati ini.
tetapi hari ini, saya terpanggil untuk menulis kembali.

petang semalam semasa saya sedang berehat dalam suasan hujan renyai2, saya mendapat panggilan telefon dari salah seorang sahabat saya.

dialog diantara saya dan dia:-

kawan: weyh, aku nak bagitahu kau sesuatu ni. tapi kau jangan terkejut pulak.
saya: apa  dia weyh? ( dalam hati dah cuak sangat rasa)
kawan: kau tahu tak lynn dah meninggal?
saya: huh?serius ke nih? kau jangan main2.
kawan: yela, aku serius nih. dah cepat2 siap. kita pegi menziarah kat rumah dia.
saya: hah, okey2.

setelah itu, saya rasa berita ni macam tak betul je. rasa cam blur sangat. rasa macam percaya dan tak percaye.
terus on fb. then nampak post dari batch yang mengatakan berita yang sama.

dengan segera saya bersiap dan terus bertolak pegi.lebih kurang sejam lebih baru kami sampai.
sesampainya kami di sana jenazah baru saja dikebumikan. kami tak sempat nak tengok :(

semoga rohnya ALLAH mencucuri rahmat ke ats dirinya.AL-FATIHAH

AKAN KU KENANG DIRIMU DI DALAM DOAKU WAHAI TEMAN 



Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers