Friday, October 28, 2011

tips cinta

Wahai Gadis...Jangan Mudah Tergoda!

  1. Jangan terlalu mabuk cinta :- kalau sudah mabuk cinta itu bukan jaminan membawa bahagia. namun, dalam kalangan kita pada hari ini, masih ada yang begitu asyik dan taksub dengan cinta. si jejaka pula begitu asyik melontar kata-kata cinta. si gadis pula khayal berpanjangan. ingat, berpijaklah di bumi yang nyata!
  2. Jangan terhasut dek keinginan :- berhati-hatilah dengan keinginan hati yang terlalu melonjak. berpijaklah di bumi yang nyata. tidak perlu untuk terlalu mengejar keinginan hati untuk memiliki si jejaka. siasat dulu latar belakangnya. mungkin indah khabar dari rupanya sahaja.
  3. Jangan terlalu teruja dengan populariti :- seronoknya apabila didekati oleh si dia yang popular di tempat anda belajar atau bekerja. mentang-mentanglah dia dikatakan THE MOST WANTED BACHELOR, kacak dan ada gaya, terus anda menerima cintanya. kenal pun tidak, mana tahu si dia banyak sikap menjengkelkan?
  4. Jangan pandang pada hartanya :- melihat si jejaka berkereta mewah, anda di sini sudah mula membayangkan yang indah-indah. jangan begitu! harta hanya pinjaman, belum tentu membawa  bahagia yang berpanjangan.
  5. Jangan terpengaruh dengan situasi :- jangan terlalu terdesak untuk memiliki sebuah cinta. asalkan ada di kalangan temanmu asyik dengan cinta, anda juga ingin dikasihi dan disayangi. sedangkan si jejaka itu bukan pilihan yang tepat.
  6. Jangan percaya dengan "kepercayaan karut" :- gadis masa kini terlalu suka merujuk perihal cinta mereka mengikut zodiak. kekasih yang begini, disuruhnya jadi begitu. lama-kelamaan si dia pun naik bosan. anda ditinggalkan! oleh itu, jangan terlalu taksub mengikut zodiakmu. cukup sekadar menjalinkan hubungan cinta kamu mengikut keserasian bersama. 



p/s:- petikan di ambil dari majalah dara.com edisi oct 2011. sekadar peringatan untuk diri sendiri dan renungan kita bersama :)

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers