Saturday, November 12, 2011

"sambal goreng jawa"

dah lama nak citer tentang sambal jawa nih.
asyik sangat dengan tugasan harian, sampai takde masa untuk menaip.
sambal ini adalah antara makanan feveret saya kalau tiba musim perayaan.
semasa hari raya aidiladha yang lepas, kami sekeluarga bergotong royong memasak juadah ini.
juadah ini adalah menu wajib bagi keluarga kami.

sambal goreng jawa ini adalah masakan orang jawa.
kebiasaannya sambal ni dicampurkan sekali dengan lauk2 yang lain untuk nasi ambang.
nasi ambang pula adalah hidangan khas bagi masyarakat jawa.
ianya di hidangkan ketika majlis kenduri. 

kat bawah ni adalah gambar2 yang sempat saya ambil semasa memasak juadah tersebut.
antara bahan2 yang diperlukan adalah:-


bawang merah, bawang putih dan halia.
cili merah
kentang yang telah digoreng
kacang panjang, tempe goreng, tauhu goreng, tauhu kering, sooh hoon.
santan pekat

dan juga udang yang telah dibuang kulitnya sebagai perisa tambahan.


dan hasilnya adalah seperti di bawah.
cara memasaknya saya tak dapat nak cerita kan di sini kerana saya masih belum pakar untuk membuatnya.
kalau cerita nanti takut jadi lain la pula. ;)


sambal goreng jawa yang telah siap dan masih di dalam kuali :)

RASA DIA MEMANG SEDAP!!!

p/s: ada gambar sumber dari google.

2 comments:

  1. nak cuba la,boleh tak akak bagi specific kuantiti setiap bahan,adik tak reti masak campak2 ni,hehehe.

    ReplyDelete
  2. adeh! specific nye akk xthla dik. sbb lauk ni mak je yg bole msak dgn baik. mkck2 akk yg lain msti wat xjd. sbb ni masakan tradisional org jawa.

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers