Wednesday, November 02, 2011

2 bad things happened today :(

haish, rasa macam tak puas hati selagi tak mencoretkan rasa hati untuk hari ni.
rasa hati yang membuak-buak untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku hari ini.

perjalanan hidup saya untuk hari ini:-

seawal jam 10 pagi, saya mendapat panggilan telefon dari sahabat saya yang senasib dengan saya iaitu kak azue.
beliau mengajak saya untuk pergi sendiri ke pejabat PTPTN di damansara.
dengan segara saya bersiap untuk menyelesaikan masalah saya yang kian meruncing itu.
saya ke sana bersama-sama dengan kak azue dan temannya, azie.
rancangan kami adalah untuk menaiki komuter ke hentian putra dan menaiki teksi ke rumah sewa kembar kepada kak azue.kemudian terus ke pejabat PTPTN di damansara.
setibanya kami di hentian putra, kak azue mendapat panggilan telefon dari pihak HEP USIM.
dia menyatakan bahawa surat pengesahan kami berdua sudah berada di unit penajaan.
kami di minta ke sana dengan segera untuk mengambil surat tersebut dan di isi kemudian diserahkan kepada pegawai PTPTN pada kadar yang segera.
cuba bayangkanlah apa perasaan kami ketika itu?
kami sudah hampir sampai ke destinasi.
kenapa mesti mereka tidak mengotakan janji bahawa surat tersebut akan di hantar melalui pos dan bukan melalui orang perseorangan?
padahal, pegawai itu sudah berjanji dengan saya bahawa surat itu boleh sampai minggu lepas.
jadi, tanpa membuang masa, saya pun berpatah balik ke nilai untuk menguruskan hal tersebut.

setibanya di kampus, kami segera mengisi surat jawapan untuk pertukaran kos dan menghantar kepada wakil pegawai yang sedang berurusan di DKP 3.
sewaktu kami menghantar surat tersebut, pegawai itu seolah-olah tidak mahu melayan surat kami.
dia berkata bahawa surat jawapan kami itu tidak layak untuk berjumpa dengan pegawai beliau. surat awak ni takde cover letter. awak ada-adakan ke surat ni? awak print sendiri?
kami pun berasa pelik. padahal, dia sendiri yang bawa surat itu dan minta kami untuk hantar segera.
dahla surat saya copy and paste aje. alamat pun boleh salah.silap2 hari bulan, reject lagi surat tu.


inilah kesilapan yang saya katakan itu

selepas itu, kami menjawab surat ini dari pihak cik la. kami baru saje ambil di HEP. dan kami diminta untuk menyerahkannya di sini.
okeyla. saya terima surat awak ini. tapi apa-apa yang berlaku jangan salahkan saya pulak.
kemudian saya pun bertanya padanya, boleh saya tahu bila masalah ini boleh selesai dan bila saya boleh dapat duit saya?
dengan muka sinisnya dia menjawab, manala saya tahu.saya datang sini untuk cek dokumen dan bawa dokumen ini semua. itu saje kerja saya. saya takde kena mengena dengan hal ini. awak pergila berhubung dengan pegawai awak. boleh ye jawab macam tu kalau pelanggan tanya? sabar ajela~~~
lalu kami pun mengucapkan terima kasih kepadanya dan berlalu pergi.

________________________________________________________

setelah berhempas pulas menguruskan hal kewangan, kami pun mengisi perut yang lapar dari pagi di tamar kasih.hujan turun dengan lebatnya membuatkan kami kesejukan. minuman panas menjadi santapan.
kemudian, kak azue ingin kembali ke rumah kembarnya untuk memulangkan kereta yang dipinjam tadi.
saya mengambil keputusan untuk pulang ke bilik saja kerana kepala saya sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. dek kerana tekanan pada hari ini dimana sepatutnya saya buat revision dan berehat,
semasa saya membuka pintu rumah, saya dapati tombol pintu tidak berfungsi lagi.
saya terus call roomate saya bertanya sama ada dia ada di dalam atau tidak. dan tepat sekali dia sedang berehat di dalam. kemudian saya memberitahu dia tentang apa yang terjadi. dia meminta saya untuk membuat laporan di pejabat pengurusan kolej supaya masalah boleh diatasi. nasib baik masih ada lagi waktu pejabat.
dengan segara saya berlari ke sana. hujan masih lagi belum berhenti. terdapat 2 orang staf berada di situ.
dialog saya dan staf tersebut:-
staf a: ye dik, kenapa?
saya: pintu rumah saya tak bole bukak. dari luar tak bole. dari dalam pun tak bole. roomate saya ada kat dalam.
staf a: ouh sekejap ye. saya call orang untuk datang tolong.
staf b: pintu rumah awak tu sebelum ni bole gune tak? baru rosak ke memang dah lama rosak?
saya: sebelum ni ok je cuma bila nak buka tu macam susah sikit. tak tahula. baru hari ni jadi macam ni.
staf b: ouh, yeke? macam mana boleh rosak?
saya: manala saya tahu. dah dia nak rosak. ( sambil dalam hati berkata= apa punya soalan la dia ni tanya. tak masuk akal langsung)
staf b: kalau macam tu awak kena tanggung kos kerosakan la. sebab pintu tu rosak selepas awak guna kan. sebelum ni pintu tu okey je.
saya: aik? kenapa pulak saya?
staf b: yela. maksudnya awak share2 la dengan ahli rumah awak.
saya: ouh, okey.( dalam hati berkata= eh, dia ni terukla. nak makan duit orang je lebih. dahla tengah takde duit ni. lagi mau minta duit. dia ingat semua orang cop duit ke?)
staf a: erm, saya dah call tadi. orang tu sampai lambat sikitla.dalam 15-30 minit macam tu.awak isi borang aduan ni dulu.
saya: okey. baikla.terima kasih. :)
kemudian, orang yang sepatutnya datang membantu pun tiba. saya bertanya kepadanya:-
kitaorang kena bayar ke kos tombol rosak ni? dia pun menjawab, takdela. awak kena bayar melainkan awak pecahkan pintu ni.saya pun rasa sesuatu.lalu saya berkata, habis tu kenapa orang kat pejabat tu bagitahu kena bayar? dia bertanya siapa tapi saya hanya menjawab, entahla. saya tak kenal orang tu.

seriously saya kecewa dengan sikap staf tersebut.dia mengambil kesempatan terhadap pelajar.duit yang sepatutnya digunakan untuk belajar tetapi kena bayar kos lain pula.nasib baik saya bertanya. :(

begitula kesulitan hidup saya pada hari ini. moga ada hikmah disebalikya yang membuatkan saya untuk menjadi lebih tabah. sekian---

p/s: saya hanya menulis.jika ada yang keterlaluan, maafkan saya. ini tentang rasa hati saya dan hanya diluahkan setakat ini sahaja.

2 comments:

  1. kesiannye kakak,agaknye dia amek kesempatan sebab kakak comel kot,saje nak mengayat,cepuk kang tau la staff tu<---suka2 nak cepuk orang kan?

    ReplyDelete
  2. adeh! mne de comel dek<---malu la asyk kne puji. hehe

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers