Sunday, November 20, 2011

hey man, no manners la you!

cerita ini terjadi pada diri saya sendiri. 
semalam saya pulang ke melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya.
saya bertolak dari Nilai pada jam 8.30 pagi.
kemudian saya sampai di stesyen bas Melaka Sentral(MC) tepat jam 11.00 pagi.

oleh disebabkan saya bertolak pada awal pagi jadi saya tak sempat nak amik sarapan.
lalu saya pun mundar mandir di sekitar MC mencari sesuatu untuk mengalas perut.
at last, saya decide untuk makan roti saje sebab sebentar lagi saya akan ke majlis.
lalu saya ke PATISFRANCE.


PATISFRANCE-sumber dari google-


sedang saya khusyuk memilih roti, tiba2 ada seorang lelaki lalu di belakang saya.
lelaki tersebut membawa beg sandang belakang, luggage, dan beg sandang tepi.
dengan selambanya dia melanggar saya dari belakang sehingga saya dapat rasa kan bahawa seluruh badan saya ni berpusing dan saya hampir jatuh.
dia melanggar saya pada momentum yang agak kuat.
saya terus menoleh ke belakang untuk melihat siapa kah gerangan yang melanggar saya tadi.
tapi dia telah berlalu dengan pantas sekali.

keadaan saya dilanggar tadi telah diperhatikan oleh 2 orang lagi customer perempuan yang datang untuk membeli roti di situ.
secara spontan dia berkata "eh, teruknya lelaki tu.dia tak nampak ke? main langgar je."
saya terus berkata pada mereka " huh, nasib baik tak jatuh".
lalu kami membalas senyuman di antara satu sama lain.

saya terasa macam dia dengan sengaja melanggar saya.
padahal ada ruang yang lebih besar lagi untuk dia lalu.
bukannya MC tu kecil kawasannya.
besar kot!
dahla pergi macam tu je.
tak mintak maaf pun.
bla macam tu je dengan muka tak bersalah dia tu.

serius saya cakap kalau saya jumpa lelaki tu lepas ni, saya nak dia tahu macam mana nak menghormati orang lain.
cara dia tu macam rusa baru masuk kampung.
tak tahu adab sebagai seorang orang melayu dan rakyat Malaysia.
semoga ALLAH memberi hidaya kepadanya dan membalas segalanya.


p/s: jika kata2 saya ada menyentuh perasaan mana2 pihak, saya minta maaf. saya hanya insan biasa. 


4 comments:

  1. hum..pernah kena gak ada pglm camni kena langgar tapi budak lelaki tu boleh buat muka xbersalah n blah cam2 jer...

    Sabor jelah!!

    ReplyDelete
  2. tahu takpe.ni mmg lgsg tak pandang kot.teruk btul.

    senasibla kte.huhu :)

    ReplyDelete
  3. Allah Maha Melihat setiap apa yang berlaku. Biar Allah settle kan masalah tu. Akak jangan marah2 dah tau,tak comey,hehehe<---peace.

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers