Saturday, December 31, 2011

selamat tinggal 2011

entry terakhir saya untuk tahun 2011.
yang penuh dengan dugaan, cabaran dan juga pahit manis kehidupan.
azam tahun 2011 ada yang telah terlaksana dan ada juga tak terlaksana.
jadi, untuk tahun yang akan datang ini harus menjadi lebih kuat.
agar tidak lagi tumbang ditimpa badai yang melanda.

dan juga saya berdoa pada yang esa agar dikurniakan kesihatan yang baik,
dikurniakan rezeki yang halal,
ditetapkan iman dihati.

2012 please be nice with me.
tahun yang penuh debaran bagi saya.
saya akan tamat belajar dan graduate.
saya akan melangkah ke alam perkerjaan.
mampukah saya?
insyAllah jika ada usaha dan keizinan dari-NYA.

semoga mak dan ayah dilembutkan hatinya.( sayang mak dan ayah sangat2 )
semoga hubungan saya dan dia berkekalan serta dipermudahkan.
semoga semua ahli keluarga saya dan dia dalam keadaan aman sejahtera.
semoga Allah memberikan hidayah kepada semua umat Islam di muka bumi ini.
semoga Allah mencucuri rahmat untuk mereka yang telah tiada.

tak sanggup rasanya untuk menghadapi tahun 2012.
tapi apa kan daya, masa tak kan berundur kembali.
selamat tinggal tahun 2011.

sources google 

" Tagline Blog Aku CUN "



blogger card saya :)

blog header saya :)


tagline blog saya adalah miss accountant vs mr engineer.actually tak tahu pun yang ni tagline tapi setelah dapat suggestion dari abg PM--->geng Fiqra, saya memilih ini sebagai tagline saya.
sebab saya pilih tagline ini adalah kerana kebanyakan entry dalam blog ini berkisarkan saya dan Mr L. (saya study in accounting and satu hari nanti akan bakal jadi accountant dan Mr L study in electronic engineering and satu hari nanti akan bakal jadi engineer).
saya wajib letak mr engineer.kalau tak nanti Mr L merajuk.huhu (jangan marah ye Mr L.nanti cepat tua :p)
jadi terhasil la ms accountant vs mr engineer :)

hadiah2 dalam kategori 1 nampak menarik tapi saya nak pilih hadiah dari kategori 2 sebab saya suke makan.wee~~~

Sunday, December 25, 2011

i'm so grateful!

semalam, sedang saya mengemas2 bilik yang tak terurus nih, saya dapat 1 sms.
sms tu berbunyi begini : jom i-city.
huh? apekah? i-city?
wah, bestnye.hati dah berbunga-bunga. i-city kot! :p

pada asalnya, saya minta tolong encek laxmana ambil kan barang order untuk kedai online saya House of Fashionista
lebih kurang 9 helai saya dapat order.
Alhamdulillah.rezeki Allah bagi tak pernah putus. :)
jadi dia perlu datang untuk hantar barang order saya tuh.hee

sambungan sms: siap cepat. kol 5 saya datang amik awak.lepas amik barang ye?
terkedu jap.alamak, tiba2 je ajak nih.
macam pelik la.
so, terusla bersiap.

tengah2 syok bersiap tuh, tiba2 ada call plak.
"kat mane ye tempat makan yang best? bonda okey tak?"
saya jawab, okey je.
sebab saya memang biasa makan kat situ.
"saya datang bawak 1 family nih.ingat nak makan kat situ je."

alamak, saya dah nervous gile dah nih.
nasib baik parents dia outstation.
kurang sikit gementarnya.
tapi still nervous jugak.
saya ni dah la pemalu.ouh, tidak!
mesti saya akan diam je nanti.

lebih kurang pukul 6 ptg mereka sampai di tempat saya Nilai, Negeri Sembilan.
disebabkan traffic jam di highway seremban nilai, jadi mereka terlewat 1 jam.
santapan kami semua tomyam ayam+sayur, ayam masak kunyit, udang goreng tepung dan telur dadar.
saya tak selera nak makan pula sebab sebelum tu makan tengahari agak lewat jadi perut saya dah masuk angin. :(

selesai makan, waktu solat maghrib pun dah masuk so kami singgah dahulu di masjid nilai untuk solat sebelum meneruskan perjalanan.
yang peliknya sebelum solat saya ke toilet, selepas solat pun saya ke toilet, on the way pun saya rasa nak ke toilet lagi.
adoi aih, kenapa nih?nervous sangat ke saya nih?adehh!!!

oleh di sebabkan esoknya adalah hari natal, jadi jalan pun jam macam semut.
alahai, jenuhnya dok dalam kereta dengan kedaan jam.
lenguh rasa badan2 ni.
Alhamdulillah setelah 2 jam di atas jalanraya, sampai lah kami di tempat yang dituju.

orang sangat ramai untuk masuk parking jadi kami hanya parking di luar kawasan i-city iaitu di hadapan giant.
kami berjalan kaki beramai-ramai untuk masuk ke i-city.
saya sangat kagum dengan 'wan' iaitu nenek encek laxmana.
beliau masih segak berjalan dan mata penglihatannya masih jelas. (sudah berumur 80 tahun)
saya sendiri pun pakai spec kot.

sampai saje di kawasan permainan, ramai orang sedang menunggu giliran.
alamatnya memang takde peluang la nak main.nak masuk rumah ais?memang harapanlah.
jadi kami mengambil keputusan untuk sekadar melihat2 dan memenat kan kaki yang sedia ada penat ni.
semua orang pun buntu.

jalan punya jalan, berehat sebentar di bawah bumbung besar.
berceloteh sambil makan jagung (saya tak makan pun.kurang gemar.hee ).
ada scene sedih berlaku, adik bongsu encek laxmana calling her mom.
maybe dia rindu agaknya. kebetulan pula hari lahir her mom is tomorrow.
she called her mom for wishing her birthday. then telling her mom that she love her mom very much.
lepas itu dia terus menitiskan air mata.
i'm so touch. saya pun tak tahu macam mana saya pun boleh rasa kesedihan itu.
mungkin saya hanya bergantung kepada mak saya instead of my father.
so i can feel the same.
saya rasa nak peluk dia tapi seganlah pula.kat tempat umum kan.
so i just smile and i force myself not to cry too.

then, we continued our journey to go around the I-City.
jalan2 cari shortcut ke kawasan yang ada banyak pokok2 berlampu itu.
di sana juga terdapat permainan like in Genting Highland.
kami singgah di satu kedai di panggil tit and bits. (kalau saya tak silap eja)
kedai jeruk, dan gula2. tapi bila masuk ada sotong kering.
bila dah ada tester apa lagi, kena seranglah.
belinye tidak, makan je lebih. ( kelakar la mereka )

lebih kurang jam 12 kami berjalan kaki keluar dari kawasan i-city.
masing2 dah letih jalan sekeliling i-city.
sebelum pulang kami pekena teh tarik+roti canai.
thanks to abg tamin sebab belanja kami semua makan :)

jam 12.30 am kami bertolak pulang.
Alhamdulillah kami selamat sampai kembali :)


nota kaki: saya tak pernah rasa berada di samping adik, kakak dan abang.sebab saya takde adik, kakak dan abang.saya tak pernah rasa macam mana seronoknya bila ada siblings. semalam saya dapat rasa kan semua itu dan kegembiraan mereka keluar bersama2. even though without their parents, they can still manage each other.saya sangat kagum dengan mereka. thanks encek laxmana sebab bawa saya sekali. even saya orang luar tapi kamu semua treat saya dengan baik. i'm so grateful. thank you ALLAH for giving me this kind of person...

Wednesday, December 21, 2011

wordless Tuesday

keserabutan melanda diri hari ini. 
dan bakal menyusul sepanjang minggu ini.
what to do, what should i do?

pada minggu terakhir pengkuliahan ini, macam2 dugaan yang datang.
macam2 ragam manusia yang saya nampak di sekeliling saya.
hanya mampu merenung dan meinsafi diri sendiri.



sources from google 

Monday, December 19, 2011

Bersyukurlah dengan ketentuan Ilahi

hari ni, bila on FB je ramai sangat post video tajuk i've been proposed & i'm engaged :D
mula2 tu macam wondering, what is so special about this video?
sebab apa most of my friend on FB keep posting the same video.
so i feel like to watch.

and i found out about how a girl have been proposed by someone yang dipilih oleh keluarga nya sendiri.
walaupun pada mulanya she refuse tapi semua itu ketentuan ILAHI.
telah tertulis untuk menjadi jodohnya.

i like the way a man yang proposed tuh.
memang tak kan pernah terfikir dek fikiran.
you both are unique! 

anyway, congratulation to you Dena Bahrin :)
moga kekal hingga ke akhir hayat and may ALLAH bless both of you.
untuk ke enrty about engagement dena click sini--->here how ive been proposed



p/s: lain orang lain caranya. bersyukurlah ke hadrat Ilahi jika anda punya seseorang yang sudi mencintai dan menjaga anda dengan seikhlas hatinya. hargailah dia selagi dia berada di sisi anda.take care of yourself and insyAllah, ALLAH will take care of you.and do appreciate your lover :)

Sunday, December 18, 2011

new DP for House of Fashionista!

semangat baru nih.
perniagaan harus di teruskan sungguhpun kerja banyak.
jalan2 cari makan tiba2 terjumpa dengan pesaing yang jual produk yang sama.

oh, tidak!
saya perlu lakukan perubahan.
memerah otak dan kemudian saya dapat mesej melalui chatbox FB.
kredit tu encek laxmana sebab design kan iklan untuk saya.
terima kasih banyak2.
awak harus saya lantik sebagai pegawai pemasaran.hee :D

ada dua design dekat sini.
yang mane satu okey ye?

yang ini
atau yang ini ye?


harap2 dengan iklan ni, ramai akan lebih berminat dengan barangan yang saya jual :)

click sini ---> House of Fashionista untuk ke fan page saya.

Thursday, December 08, 2011

ALLAH know better

saya tak tahu sama ada saya perlu tulis atau tidak tentang perkara ini.
ini kerana ia akan menggambarkan keperibadian saya bagaimana.
tetapi bagi saya, blog saya sebagai diari hidup saya sehari-harian.
sekurang-kurangnya dengan menulis, saya dapat mengurangkan bebanan dan tekanan yang saya tanggung.

7/12/2011, kami perlu menghadirkan diri untuk postmortem iceps7.
iceps7 merupakan final year project saya bagi menggantikan thesis.
saya datang dengan hati yang terbuka dan gembira.
namun, kegembiraan saya itu musnah dalam sekelip mata.

seorang demi seorang menyalahkan antara satu sama lain.
saya adalah insan yang bertugas untuk menjaga blog. 
saya volunteer diri saya sendiri untuk lakukan semua itu. 

insan pertama memberi hujah: ke manakah perginya orang yang sepatutnya menjaga blog iceps selama 4bulan kita cuti?
kenapa mesti kami yang buat semua kerja korang?tugas kami promote bukan design blog n etc.
macam mane nak promote kalau blog tu kosong je?langsung takde apa2 update?(bertanya dengan nada yang menengking)
kemudian saya terdengar nama saya di announce kan.( ketua saya yang announce)
lalu saya bangun dan pergi ke arah ketua saya.
kami berdiskusi seketika.

kemudian ketua saya menjawab persoalan tersebut.
bukan korang ke yang mintak nak handle?
korang yang volunteer sendiri. kami takde suruh.
saya hanya berdiam diri dan terus berdiam diri.

________________________________________________________
sebab-sebab kenapa saya tak update blog untuk 4 bulan tersebut :-
  1. sebelum cuti, saya mendapat msg dari seseorang yang meminta saya email dan password untuk blog. saya tak tahu itu dari siapa. kemudian saya bertanya untuk apa. msg tersebut dari salah seorang MT.dia ingin menyerahkan blog tu kepada orang lain.
  2. pihak tersebut bersetuju untuk mengambil alih tugas saya, jadi bagi saya mereka mahu melakukannya.
  3. laptop saya rosak. saya hanya punya laptop ini sahaja untuk membolehkan saya melakukan tugas saya.dan juga saya tiada sumber lain untuk melaksanakan tugas saya. 
  4. jadi bagi membaiki laptop saya, saya perlu bekerja. saya korban tenaga dan waktu saya untuk membaiki laptop saya.bulan ramadhan dan hari raya aidilfitri saya hanyalah di tempat kerja.sampaikan saya hanya punya waktu 8jam saja di rumah. selebihnya di tempat kerja. saya tak punya sumber yang boleh membantu saya. saya bukan datang dari keluarga yang senang.keluarga saya bukan seperti orang lain.dari tahun 1-3, saya hanya bergantung pada duit pinjaman PTPTN dan elaun SUKSIS sahaja. setiap kali cuti semester, saya akan bekerja. bekerja untuk menampung kos hidup 6 bulan akan datang.
  5. nenek saya sakit. saya punya dia seorang saja yang masih di dunia ini. bagi saya, dia sangat bermakna. tanpa dia, mungkin saya tiada tempat untuk berlindung. saya perlu sentiasa ada di sisi nya. sehingga kan   pada mlm sebelum saya pulang ke asrama untuk memasuki semester baru, saya tidur di hospital bukan di rumah. sepatutnya saya berkemas baju2 dan barang2 saya untuk pulang esok, tetapi saya tetap di hospital. 
  6. semasa ketiadaan laptop saya, saya ada memberitahu seseorang supaya mengambil alih tugas saya kerana saya tak dapat nak berbuat demikian.. insan tersebut bersetuju. 
  7. bulan pertama cuti, saya di serang sakit perut yang teramat sangat. usus saya dimasuki kuman. selama 2 minggu saya bergantung kepada ubat dan badan saya terlalu lemah. minggu ke-3 saya semakin sihat.bulan kedua saya ke UTM untuk majlis pentauliahan & perbarisan tamat latihan SUKSIS. 2 minggu saya di sana. minggu pertama saya sihat dan minggu kedua imunisasi badan saya menjadi lemah. saya demam lebih dr 3 hari dan kemudian doctor mengesahkan saya dijangkiti kuman di dalam paru-paru. saya sangat takut ketika itu. Ya Allah, adakah dunia aku akan berakhir disini?ketika itu jerebu di Johor. saya bangun berjuang melawan penyakit tapi akhirnya saya tewas juga. :(
________________________________________________________

demikianlah serba sedikit yang berlaku pada saya 4 bulan sebelum iceps berlangsung.

datang pula insan kedua memberi kan hujah.
dia bertanya: Azhanni mane?Azhanni?
pada masa itu saya dah berlalu pergi dengan hati nan lara dan tangisan yang mengalir di pipi.
ternyatalah tiada siapa yang mengangkat tangan.
saya mendengar cerita ini dari sahabat saya bukan dengan pendengaran saya.
selepas bertanya saya di mana, insan tersebut menyambung lagi, aku tak puas ati dengan dia.
patutkah apa-apa saja comment yang di tinggalkan di chatbox, di balas dengan nada yang marah?
ini menunjukkan "kebodohan" kita. menunjukkan kita tak profesional.
hmm... :(

untuk pengetahuan semua, bukan senang untuk handle blog seorang diri.
nak dengar semua kritikan, saya tak mampu untuk buat seorang diri.
saya perlukan kerjasama dari semua pihak.
serius saya cakap, bukan saya yang membalas semua comment2 tersebut.
walaupun saya seorang yang pemarah dan akan tulis apa saja di facebook saya, saya tetap hormati tetamu yang bertamu di blog tersebut. 
takde faedahnya kalau saya marah2 pun.
takkan mengubah apa2.
ingatlah, chatbox sesiapa saja boleh mengaku dirinya sebagai admin. 
ingatlah, bukan saya seorang saja ada email dan password untuk blog.
saya lakukan semua kerja2 ni dengan ikhlas.
saya tak minta dipuji pun.
 malah saya minta di kritik hasil kerja saya.

tetapi tak tahulah kenapa masih lagi punya insan yang ingin memalukan saya dikhalayak ramai.
saya punya hati dan perasaan juga maruah diri.
jika benar saya buat salah, datang tampil jumpa dengan saya.
beritahu di mana silap saya.
saya boleh terima. 
saya bukan insan yang sempurna. semua insan dalam dunia ini memang tiada yang sempurna.
only ALLAH is perfect. 

saya bukan tak mahu tampil ke depan dan bercakap tetapi bagi saya jika saya berbuat demikian saya sendiri akan bertindak diluar kawalan dan saya takkan dapat berfikir dengan waras. 
saya taknak berlakunya sengketa di antara semua pihak.
lalu saya mengambil keputusan untuk berdiam diri and just swallow and digest all the words that they have said.

saya petik kata2 dan ulasan ini dari salah seorang sahabat saya :-
honestly,, sgt xske ngn gimik yg kowg wt td,,sgt xske ngn p'motem td,,xperlu nk menuding jari crik salah owg len,,,m'ungkit2 sume mnde yg kowg wt,,kalo x ikhlas xperlu wt,,mende da sebulan lpas b'lalu,,pe yg buruk kt jdk kn iktibar n cbe p'baiki diri masing2,,,n xperlu nk ckp menempik2,,,owg dlm dkp tue xpekak ag,,ad owg ckp,"fb tue m'cerminkn dr kt,jgn nmpak kn dr kt nie bdoh",,,i like that word tp dgn cr sound owg x tentu hala,mention nm ppl yg die x puas ati tue menampakkn yg dr die tue sgt genius kew??@.@ ase postmotem td buang mase jee kalo setakat nk tgk kowg b'tekak bek xyah wt,,,


jika anda di tempat saya, apa yang anda rasa?
fikir-fikirkanlah.
manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan.
ingatlah bahawa apa sahaja yang anda ucapkan akan dipersoalkan di hari akhirat kelak.
saya menulis dengan niat untuk menenangkan hati saya dan menerangkan apa2 yang menjadi tanda tanya.
bukan untuk menyalahkan sesiapa.
jika kata2 saya ada menyentuh mana2 pihak, saya minta maaf.
saya hanya insan biasa yang tidak lari dari kesilapan.
ALLAH know better.

Wednesday, December 07, 2011

pernah tak anda rasa...

pernah tak anda rasa diri anda berada di bawah?
pernah tak anda rasa low in motivation? 
pernah anda rasa apa yang anda buat tu sia2 saje?
pernah tak anda rasa diri anda terlalu kerdil di kalangan orang lain?

ye, saya rasa kan itu semua pada hari ini (6/12/2011)
di mana saya ada pembentangan berkumpulan.
setiap orang dalam kumpulan punya bahagian masing2 dan perlu buat dengan sebaiknya.
hanya untuk 20% markah untuk coursework.

ya, i do prepared from the last week.
reading text book, report and annual report.
i put so much effort to get the best mark.
because i know it's hard to get mark from the evaluator.
i do ask my friend about how to do.
i sacrifice my precious time to sleep just only to get the best.
but now, i got nothing. 
not worth with what i've done.
i get the lowest mark among others.
can you imagine what i feel?
i just can whispered in my heart.
i just can feel the sadness and cry.
but the result will never change. 
because it's already past.
times never return back.
just only you can change your life.



i do cry after i reach my room. 
i do cry on the phone.
i do even cry in my prayer.
YA ALLAH, is this 'dugaan' you want me to face?

i know i'm not good in doing presentation.
i know i'm not good in speaking in English.
i know i'm not good in explaining things.
and that is my weaknesses.
at least you give me some support not to take me down.
i'm really disappointed until i feel like why must ALLAH dedicated a person like you.
YA ALLAH, please give me some strength to face the day.

dan sekarang, saya tak mampu untuk berkata-kata lagi.
kesedihan saya ketika berada di bawah, hanya ALLAH saja yang tahu.
saya perlu terus berjuang sungguh pun pahit untuk di telan. 
dan biarkan air mata ini terus mengalir sehingga ianya kering sendiri.




Tuesday, December 06, 2011

" INTRO PLEASE "

i'm playing the games right now.
even though i got so many things need to finish up, there is no obstacle to join this games.
this games is made by cik mas and special only to GENG FIQRA


jadi tanpa membuang masa jom jawab soalan yang diberikan :-

- bagi number blogger card kamu ( ada di album blogger card )
--->A02fiQ'Ra01.

- bagitahu nama penuh dan nama samaran
--->nama penuh: Nurul Azhanni Ibrahim.nama samaran: hanni/nurul/naiad.

- umur kamu
---> 22tahun.

- tarikh lahir kamu ( nak tau jugak ! ) hehe
--->DOB: 5 Mei

- kamu orang negeri mana?
--->Melaka bandar warisan dunia :)

- asal kamu dari keturunan ape?
--->Melayu+Cina+Jawa

- masih belajar? dimana? course?
--->yup, USIM in degree of accounting.

- sudah bekerja? dimana?
--->belum lagi lah. next year Insyallah :)

- impian kamu yang belum tercapai?
--->ingin memiliki sebuah perniagaan dan menghadiahkan perniagaan itu kepada ibu saya.

- harapan kamu dalam GENG fiQ'Ra ?
--->harapan saya untuk berkenalan dengan semua ahli dengan lebih mesra lagi serta berkongsi masalah dan informasi yang ada. 


 itu saja yang mampu saya tulis untuk ketika ini.
need to continue my work back!
sekian~

Saturday, December 03, 2011

CONTEST BLOG SUPERAWSOME BY SHA

di pagi yang indah dan tenang, mengadap lappy dengan hati yang bercelaru.
nak tahu sebab apa?
sebab dalam dilemma untuk ke event fakulti or my friend weds. 
okey, sila abaikan semua itu.

fokus saya sekarang adalah mahu join
 CONTEST BLOG SUPERAWSOME BY SHA

nak tahu tak macam mana saya boleh dapat tahu tentang contest ini?
jawapan nye ada di bawah------->


saya telah di tagged oleh si cantek manis cik huda raihanna
thanks dear tagging me. hee :D
tiba2 rasa dihargai pula :)

dear sha, blog saya ni simple je. 
it doesn't look superawsome pun but i just try my best.
siapa tahu kamu berkenan dengan blog saya ni. hehe...
selamat memilih pemenang!

okey, syarat2 nak join contest ni adalah seperti berikut:-
  1. WAJIB follow blog Freaking Twins
  2. Inbox me . Hantar korang punye entry yang korang dah buat  Sha dekat fbiee
  3. Warganegara Malaysia.
  4. Tidak kira jantina, tapi hanya LELAKI dan PEREMPUAN.
  5. Letak tajuk contest : CONTEST BLOG SUPERAWSOME BY SHA
  6. Buat simple entry about this contest and letak banner kat atas tu. Pastikan banner tu di linkkan ke blog Freaking Twins
  7. Tag sekurang-kurang 2 orang blogger dan pastikan dia tahu :)
  8. Contest akan terbatal sekiranya kurang 15 penyertaan.

hadiah2 nya adalah:-
  • FIRST PRIZE : RM 150 wang malaysia , A korean handbag < purple > , A korean jacket ,A  pashima shawl   and Top up RM 30 (Maxis,Digi,Celcom)
  • SECOND PRIZE : RM 50  ,  A korean handbag Top up RM 30(Maxis,Digi,Celcom)
  • THIRD PRIZE : RM 50 wang Malaysia and RM 10 TOPUP (Maxis,Digi, Celcom)
  • Kalau tak nak top up . Sha Boleh Edit blog korang . Nak Edit Blog cume boleh pakai [denim , washed danim dan blogskin]
  • SAGU HATI (2 PEMENANG) :  header and Jam tangan Jenama guess  . (Based on your request).


kriteria untuk menjadi pemenang adalah:-
  • Blog yang cantikk dan tidak lambat loading.
  • Blog yang tidak mempunyai banyak widget-widget yang mengarut dan susunan widget yang kemas.
  • Entry di blog mestilah menarik
  • Header yang awsome.
  • Blog yang kreatf design  


and lastly i need to tag two person.
dan saya pilih untuk tag this 2 person:-

empunya pinky blog:-

Thursday, December 01, 2011

blogger card from fiqra

lepas balik dari kelas petang tadi, terus je mengadap lappy tersayang ni.
tergerak hati nak tengok blog.
memang tiap2 hari pun tengok.
tiap2 hari tengok tapi update nye seminggu sekali pun susah.
apela saya ni kan?huhu...

suddenly dekat comment under entries heliza @ USIM ada orang leave commment la.
wah, siapakah gerangan itu? rupa2nya cik fiqra a.k.a cik mastura.
dia bagitahu saya untuk ambil blogger card untuk geng fiqra.
gembira, gembira.
cepat betul cik fiqra buat card tu ye?

cantik~~~
nak tengok tak?


inilah dia kad kepunyaan saya :)


cantik kan? thanks cik fiqra :)
saya dah pun letak kat sidebar tu. 
jadi saya takkan di singkirkan.hihi...
semoga insan2 yang berada di dalam geng ini akan dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama insan. :)

~SEKIAN~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers