Thursday, December 08, 2011

ALLAH know better

saya tak tahu sama ada saya perlu tulis atau tidak tentang perkara ini.
ini kerana ia akan menggambarkan keperibadian saya bagaimana.
tetapi bagi saya, blog saya sebagai diari hidup saya sehari-harian.
sekurang-kurangnya dengan menulis, saya dapat mengurangkan bebanan dan tekanan yang saya tanggung.

7/12/2011, kami perlu menghadirkan diri untuk postmortem iceps7.
iceps7 merupakan final year project saya bagi menggantikan thesis.
saya datang dengan hati yang terbuka dan gembira.
namun, kegembiraan saya itu musnah dalam sekelip mata.

seorang demi seorang menyalahkan antara satu sama lain.
saya adalah insan yang bertugas untuk menjaga blog. 
saya volunteer diri saya sendiri untuk lakukan semua itu. 

insan pertama memberi hujah: ke manakah perginya orang yang sepatutnya menjaga blog iceps selama 4bulan kita cuti?
kenapa mesti kami yang buat semua kerja korang?tugas kami promote bukan design blog n etc.
macam mane nak promote kalau blog tu kosong je?langsung takde apa2 update?(bertanya dengan nada yang menengking)
kemudian saya terdengar nama saya di announce kan.( ketua saya yang announce)
lalu saya bangun dan pergi ke arah ketua saya.
kami berdiskusi seketika.

kemudian ketua saya menjawab persoalan tersebut.
bukan korang ke yang mintak nak handle?
korang yang volunteer sendiri. kami takde suruh.
saya hanya berdiam diri dan terus berdiam diri.

________________________________________________________
sebab-sebab kenapa saya tak update blog untuk 4 bulan tersebut :-
  1. sebelum cuti, saya mendapat msg dari seseorang yang meminta saya email dan password untuk blog. saya tak tahu itu dari siapa. kemudian saya bertanya untuk apa. msg tersebut dari salah seorang MT.dia ingin menyerahkan blog tu kepada orang lain.
  2. pihak tersebut bersetuju untuk mengambil alih tugas saya, jadi bagi saya mereka mahu melakukannya.
  3. laptop saya rosak. saya hanya punya laptop ini sahaja untuk membolehkan saya melakukan tugas saya.dan juga saya tiada sumber lain untuk melaksanakan tugas saya. 
  4. jadi bagi membaiki laptop saya, saya perlu bekerja. saya korban tenaga dan waktu saya untuk membaiki laptop saya.bulan ramadhan dan hari raya aidilfitri saya hanyalah di tempat kerja.sampaikan saya hanya punya waktu 8jam saja di rumah. selebihnya di tempat kerja. saya tak punya sumber yang boleh membantu saya. saya bukan datang dari keluarga yang senang.keluarga saya bukan seperti orang lain.dari tahun 1-3, saya hanya bergantung pada duit pinjaman PTPTN dan elaun SUKSIS sahaja. setiap kali cuti semester, saya akan bekerja. bekerja untuk menampung kos hidup 6 bulan akan datang.
  5. nenek saya sakit. saya punya dia seorang saja yang masih di dunia ini. bagi saya, dia sangat bermakna. tanpa dia, mungkin saya tiada tempat untuk berlindung. saya perlu sentiasa ada di sisi nya. sehingga kan   pada mlm sebelum saya pulang ke asrama untuk memasuki semester baru, saya tidur di hospital bukan di rumah. sepatutnya saya berkemas baju2 dan barang2 saya untuk pulang esok, tetapi saya tetap di hospital. 
  6. semasa ketiadaan laptop saya, saya ada memberitahu seseorang supaya mengambil alih tugas saya kerana saya tak dapat nak berbuat demikian.. insan tersebut bersetuju. 
  7. bulan pertama cuti, saya di serang sakit perut yang teramat sangat. usus saya dimasuki kuman. selama 2 minggu saya bergantung kepada ubat dan badan saya terlalu lemah. minggu ke-3 saya semakin sihat.bulan kedua saya ke UTM untuk majlis pentauliahan & perbarisan tamat latihan SUKSIS. 2 minggu saya di sana. minggu pertama saya sihat dan minggu kedua imunisasi badan saya menjadi lemah. saya demam lebih dr 3 hari dan kemudian doctor mengesahkan saya dijangkiti kuman di dalam paru-paru. saya sangat takut ketika itu. Ya Allah, adakah dunia aku akan berakhir disini?ketika itu jerebu di Johor. saya bangun berjuang melawan penyakit tapi akhirnya saya tewas juga. :(
________________________________________________________

demikianlah serba sedikit yang berlaku pada saya 4 bulan sebelum iceps berlangsung.

datang pula insan kedua memberi kan hujah.
dia bertanya: Azhanni mane?Azhanni?
pada masa itu saya dah berlalu pergi dengan hati nan lara dan tangisan yang mengalir di pipi.
ternyatalah tiada siapa yang mengangkat tangan.
saya mendengar cerita ini dari sahabat saya bukan dengan pendengaran saya.
selepas bertanya saya di mana, insan tersebut menyambung lagi, aku tak puas ati dengan dia.
patutkah apa-apa saja comment yang di tinggalkan di chatbox, di balas dengan nada yang marah?
ini menunjukkan "kebodohan" kita. menunjukkan kita tak profesional.
hmm... :(

untuk pengetahuan semua, bukan senang untuk handle blog seorang diri.
nak dengar semua kritikan, saya tak mampu untuk buat seorang diri.
saya perlukan kerjasama dari semua pihak.
serius saya cakap, bukan saya yang membalas semua comment2 tersebut.
walaupun saya seorang yang pemarah dan akan tulis apa saja di facebook saya, saya tetap hormati tetamu yang bertamu di blog tersebut. 
takde faedahnya kalau saya marah2 pun.
takkan mengubah apa2.
ingatlah, chatbox sesiapa saja boleh mengaku dirinya sebagai admin. 
ingatlah, bukan saya seorang saja ada email dan password untuk blog.
saya lakukan semua kerja2 ni dengan ikhlas.
saya tak minta dipuji pun.
 malah saya minta di kritik hasil kerja saya.

tetapi tak tahulah kenapa masih lagi punya insan yang ingin memalukan saya dikhalayak ramai.
saya punya hati dan perasaan juga maruah diri.
jika benar saya buat salah, datang tampil jumpa dengan saya.
beritahu di mana silap saya.
saya boleh terima. 
saya bukan insan yang sempurna. semua insan dalam dunia ini memang tiada yang sempurna.
only ALLAH is perfect. 

saya bukan tak mahu tampil ke depan dan bercakap tetapi bagi saya jika saya berbuat demikian saya sendiri akan bertindak diluar kawalan dan saya takkan dapat berfikir dengan waras. 
saya taknak berlakunya sengketa di antara semua pihak.
lalu saya mengambil keputusan untuk berdiam diri and just swallow and digest all the words that they have said.

saya petik kata2 dan ulasan ini dari salah seorang sahabat saya :-
honestly,, sgt xske ngn gimik yg kowg wt td,,sgt xske ngn p'motem td,,xperlu nk menuding jari crik salah owg len,,,m'ungkit2 sume mnde yg kowg wt,,kalo x ikhlas xperlu wt,,mende da sebulan lpas b'lalu,,pe yg buruk kt jdk kn iktibar n cbe p'baiki diri masing2,,,n xperlu nk ckp menempik2,,,owg dlm dkp tue xpekak ag,,ad owg ckp,"fb tue m'cerminkn dr kt,jgn nmpak kn dr kt nie bdoh",,,i like that word tp dgn cr sound owg x tentu hala,mention nm ppl yg die x puas ati tue menampakkn yg dr die tue sgt genius kew??@.@ ase postmotem td buang mase jee kalo setakat nk tgk kowg b'tekak bek xyah wt,,,


jika anda di tempat saya, apa yang anda rasa?
fikir-fikirkanlah.
manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan.
ingatlah bahawa apa sahaja yang anda ucapkan akan dipersoalkan di hari akhirat kelak.
saya menulis dengan niat untuk menenangkan hati saya dan menerangkan apa2 yang menjadi tanda tanya.
bukan untuk menyalahkan sesiapa.
jika kata2 saya ada menyentuh mana2 pihak, saya minta maaf.
saya hanya insan biasa yang tidak lari dari kesilapan.
ALLAH know better.

4 comments:

  1. ya Allah.tenangkanlah hati sahabatku ini..Amin!

    ReplyDelete
  2. kakak,sedihnye dyeorg buat kakak comel adik macam tu,kakak sabar k,Allah sentiasa bersama orang yang sabar & teraniaya,adik kalau berada kat situasi kakak masa tu pun adik tak tau nak buat ape,kesian kakak dyeorg buat macam tu,lepas ni kakak jangan risau,adik sentiasa ada ketika senang atau susah,insyaAllah,moga Allah mudahkan segala urusan kita,Amin Ya Rabb.

    ReplyDelete
  3. InsyAllah dik . kte perlu tenang klu org wat mcmni kt kte. yg pntg kte th pe yg kte wat. akk agk trtekan mula2 tp sbb de GF akak bole gelak semula :)

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers