Sunday, December 25, 2011

i'm so grateful!

semalam, sedang saya mengemas2 bilik yang tak terurus nih, saya dapat 1 sms.
sms tu berbunyi begini : jom i-city.
huh? apekah? i-city?
wah, bestnye.hati dah berbunga-bunga. i-city kot! :p

pada asalnya, saya minta tolong encek laxmana ambil kan barang order untuk kedai online saya House of Fashionista
lebih kurang 9 helai saya dapat order.
Alhamdulillah.rezeki Allah bagi tak pernah putus. :)
jadi dia perlu datang untuk hantar barang order saya tuh.hee

sambungan sms: siap cepat. kol 5 saya datang amik awak.lepas amik barang ye?
terkedu jap.alamak, tiba2 je ajak nih.
macam pelik la.
so, terusla bersiap.

tengah2 syok bersiap tuh, tiba2 ada call plak.
"kat mane ye tempat makan yang best? bonda okey tak?"
saya jawab, okey je.
sebab saya memang biasa makan kat situ.
"saya datang bawak 1 family nih.ingat nak makan kat situ je."

alamak, saya dah nervous gile dah nih.
nasib baik parents dia outstation.
kurang sikit gementarnya.
tapi still nervous jugak.
saya ni dah la pemalu.ouh, tidak!
mesti saya akan diam je nanti.

lebih kurang pukul 6 ptg mereka sampai di tempat saya Nilai, Negeri Sembilan.
disebabkan traffic jam di highway seremban nilai, jadi mereka terlewat 1 jam.
santapan kami semua tomyam ayam+sayur, ayam masak kunyit, udang goreng tepung dan telur dadar.
saya tak selera nak makan pula sebab sebelum tu makan tengahari agak lewat jadi perut saya dah masuk angin. :(

selesai makan, waktu solat maghrib pun dah masuk so kami singgah dahulu di masjid nilai untuk solat sebelum meneruskan perjalanan.
yang peliknya sebelum solat saya ke toilet, selepas solat pun saya ke toilet, on the way pun saya rasa nak ke toilet lagi.
adoi aih, kenapa nih?nervous sangat ke saya nih?adehh!!!

oleh di sebabkan esoknya adalah hari natal, jadi jalan pun jam macam semut.
alahai, jenuhnya dok dalam kereta dengan kedaan jam.
lenguh rasa badan2 ni.
Alhamdulillah setelah 2 jam di atas jalanraya, sampai lah kami di tempat yang dituju.

orang sangat ramai untuk masuk parking jadi kami hanya parking di luar kawasan i-city iaitu di hadapan giant.
kami berjalan kaki beramai-ramai untuk masuk ke i-city.
saya sangat kagum dengan 'wan' iaitu nenek encek laxmana.
beliau masih segak berjalan dan mata penglihatannya masih jelas. (sudah berumur 80 tahun)
saya sendiri pun pakai spec kot.

sampai saje di kawasan permainan, ramai orang sedang menunggu giliran.
alamatnya memang takde peluang la nak main.nak masuk rumah ais?memang harapanlah.
jadi kami mengambil keputusan untuk sekadar melihat2 dan memenat kan kaki yang sedia ada penat ni.
semua orang pun buntu.

jalan punya jalan, berehat sebentar di bawah bumbung besar.
berceloteh sambil makan jagung (saya tak makan pun.kurang gemar.hee ).
ada scene sedih berlaku, adik bongsu encek laxmana calling her mom.
maybe dia rindu agaknya. kebetulan pula hari lahir her mom is tomorrow.
she called her mom for wishing her birthday. then telling her mom that she love her mom very much.
lepas itu dia terus menitiskan air mata.
i'm so touch. saya pun tak tahu macam mana saya pun boleh rasa kesedihan itu.
mungkin saya hanya bergantung kepada mak saya instead of my father.
so i can feel the same.
saya rasa nak peluk dia tapi seganlah pula.kat tempat umum kan.
so i just smile and i force myself not to cry too.

then, we continued our journey to go around the I-City.
jalan2 cari shortcut ke kawasan yang ada banyak pokok2 berlampu itu.
di sana juga terdapat permainan like in Genting Highland.
kami singgah di satu kedai di panggil tit and bits. (kalau saya tak silap eja)
kedai jeruk, dan gula2. tapi bila masuk ada sotong kering.
bila dah ada tester apa lagi, kena seranglah.
belinye tidak, makan je lebih. ( kelakar la mereka )

lebih kurang jam 12 kami berjalan kaki keluar dari kawasan i-city.
masing2 dah letih jalan sekeliling i-city.
sebelum pulang kami pekena teh tarik+roti canai.
thanks to abg tamin sebab belanja kami semua makan :)

jam 12.30 am kami bertolak pulang.
Alhamdulillah kami selamat sampai kembali :)


nota kaki: saya tak pernah rasa berada di samping adik, kakak dan abang.sebab saya takde adik, kakak dan abang.saya tak pernah rasa macam mana seronoknya bila ada siblings. semalam saya dapat rasa kan semua itu dan kegembiraan mereka keluar bersama2. even though without their parents, they can still manage each other.saya sangat kagum dengan mereka. thanks encek laxmana sebab bawa saya sekali. even saya orang luar tapi kamu semua treat saya dengan baik. i'm so grateful. thank you ALLAH for giving me this kind of person...

4 comments:

  1. bestnye akk dapat g i-city ngan en L dan family dia,jeles la akak,mmg part nak nangis tu kalau adik pun duduk ctu mesti adik pun sedih,adik terjah blog akk,saje nak tgk blog kakak comel ni,hehehe,ade jugak la part2 yg buat adik ketawa,hahaha,adik pernah g i-city sekali,rindu nak g sane tgk lampu cantik2,hahaha,#motif..?

    ReplyDelete
  2. hehe...kebetulan kan. xsangke plak dpt follow skali. Alhamdulillah bole sesuai kan diri dgn mereka. hati perempuan kn, mmg lembut. nnti klu dtg semenanjung, sggahla i-city lg.hee :D

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers